Kerajaan Negeri Jemput Rakyat Hadiri Rumah Terbuka
(Selangor Kini. Jumaat, 18 September 2009 | Ruangan: Berita)SHAH ALAM, 18 Sept -Kerajaan Negeri Selangor menjemput rakyat negeri ini untuk hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2009 pada hari raya pertama di Shah Alam Convection Centre (SACC).
Majlis yang dianjurkan bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terbuka kepada semua lapisan masyarakat bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 3 petang.
selain menikmati juadah hari raya serta berhibur dengan beberapa artis tempatan, para tetamu juga berpeluang beramah mesra dengan Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk bersama-sama memeriah sambutan aidilfitri kali ini.
Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir boleh melayari laman web TV Selangor http://www.tvselangor.com/ untuk menyaksikan siaran secara langsung sambutam program tersebut.
No comments:
Post a Comment